19 March 2010

Cerita lambat aku pasai result spm

Sebulan dua ni aku sibuk. Sibuk yang dibuat buat sebenonya. Lari dari dunia yang monotone. Keluar dari kepompong selesa aku. Escapism.

Jadi le aku pemburu jalur lebar percuma bak tertulis di kertas A4 yang tertampal di dinding kedai makan. Walhal aku tetap membayar harga segelas atau bergelas gelas air.

Ini semua alasan kenapa blog aku makin bersawang. Pembaca pun gamaknya ingat aku dah mati dalam dunia cyber ni.

Dalam kesibukan aku tu, aku melalui satu detik yang aku lalui pada tahun 1992. Detik yang kononnya penentu masa depan. Detik penentu IPTA manakah yang bakal diisi dalam resume aku kemudian hari. Lupakan cerita 18 tahun. Buang karan je.

Tahun ni 2 adik sepupu aku antara yang melalui detik itu. Anak sedara belah isteri aku pun ada juga tapi aku tak kenal sebab memang penyakit semulajadi aku ialah cepat lupakan org kalau perkenalan setakat hi hi bye bye je. So forget about them until my wife remind me again about them. Ada yang aku ingat tapi bila ditanya result deme jawap result deme tu rahsia. 18 tahun tinggal SPM, rupanya selain dari jumlah A dan pangkat berapa; rahsia juga dah jadi status result. Tak tahu le samada result rahsia lagi baguih dari straight A1. Also forget about them.

Macam aku cakap tadi on my family side ada 2 adik sepupu. Alhamdulillah seorang dengan 10A manakala seorang lagi dengan 6A. Antara deme berdua ni aku ucapkan tahniah. Kome dah lepas step ni. Banyak lagi step yang kome nak langkah. Jangan terpelecok dik oiii.

Cerita pasai result deme ada family member memberikan pandangan berbeza. Nasib baik aku dengan rela hati membetulkan pandangan mereka tu. Aku tak salahkan jika yang 10A dikatakan bagus berbanding yang 6A kerana itu yang tercatat pada slip keputusan SPM. Tak payah argue sampai mahkamah memang 10A tu better than 6A tapi aku tengok latarbelakang deme berdua.

Yang 10A tu belajo di sekolah elit. Sekolah asrama beb. Yang 6A tu sekolah biasa. Lifestyle berbeza ya amat. Macam langit dengan bumi tu. Yang diduk asrama dah tentu le kejenya belajo, study, belajar, mentelaah compare dengan yang duduk kat rumah tu selain dari belajo tentu le ada agenda lipat kain baju, masak, siram bunga, mop lantai, cuci kereta dan macam macam lagi keje keje rumah. Jadi kome buat le perkiraan; mana lebih mantop.

Bagi aku la, memang kena respek yang duduk rumah dan manage dapat 6A. Dugaan deme ni lebih byk dari yang dok belajo kat asrama tu. Apa pun ini hanya pandangan marhaen aku je. Mungkin betul mungkin tidak. Banyak lagi faktor yang kena ambil kira dalam nak menilai tahap seseorang. Aku cuma melihat aspek yang mudah tanpa mengambil kira tahap IQ deme tu tapi itu sudah cukup untuk meredakan hati adik sepupu aku yang gundah sebab dia dapat 6A.

Sekali lagi TAHNIAH!!! Kepada yang nak SPM tahun ni, maintain your study schedule, keep on working on your exercise and please... Be happy... Kalo tak gerenti kena tiru orang sebelah kiri atau kanan kome masa exam nanti...

wa chow sin
via nokia cap ayam

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :-o

:-/ :-* :| 8-} ~x( :-L x( =))

Post a Comment