Ari sabtu ada 2 invitation, dari Bota sampai le ke Belanja. Ketua rombongan macam biasa le mesti mak mertua aku tu.
Ari ahad kenduri di Ara Payung, Batu Gajah pulak. Ketua rombongan masih mak mertua aku.
Ari isnin kenduri doa selamat kat rumah ayahanda aku. Aku ngan adik aku; AJK kerusi meja.
Ari selasa, mak mertua aku pulak buat kenduri doa selamat. Yang ni aku selamat sikit sebab aku nak balik Ipoh.
Agenda kenduri 3-4 ari ni buat aku terfikir, apa akan jadi bila sampai satu masa nanti ketua rombongan kami anak beranak pegi kenduri dah takda? Siapa yang boleh jadi penganti? Dah bersediakah pengantinya itu?
Sama juga dengan menjadi hos kenduri, hanya berbekalkan pengalaman sekali jadi hos kenduri masuk rumah; adakah aku dah 100% ready? Itu baru sebagai hos, belum lagi nak tengok skop penganti orang yang nak kemudikan zikir dan doa kenduri tu? Dah ada ke penganti deme deme tu? Atau satu hari nanti semua zikir dan tasbih tu kita pakai playback kat mp3 player je? Atau akan wujud syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini dengan bayaran berpatutan?
Makin difikir, makin sesak nafas aku ni. Aku juga realize yang perkembangan teknologi tak akan dapat mengantikan beberapa perkara tradisi yang menjadi amalan atau adat kita.
So apa kata tengah mereka mereka ini masih ada kita train penganti mereka. Cuma kita yang makin kembang dalam teknologi boleh guna kemudahan teknologi untuk memudahkan urusan penganti atau generasi akan datang. Lokasi rumah dah boleh simpan dalam gps. Kad jemputan boleh pakai email dan terbaru publish dalam facebook dan tagged je kekawan atau create event dan invite semua kawan.
In the end segala usaha itu harus berakhir dengan pertemuan 4 mata. Jangan le pulak lauk pauk kenduri main pos ke rumah dan untuk nampak ramai semua connected ngan skype atau webcam. Ini sudah melanggar tradisi.
P/s : gong xi fa cai sempena tahun harimau ni. Auuuummmmmm... Aku nak cari buku belajar doa selamat.
0 comments:
Post a Comment