dah malam baru nak wish... dalam blog. nak kata semalam celebrate sampai jalan mengundur, tak jugak; just sehari dua ni aku berehat kejap dari dunia internet. masuk internet pun semata mata untuk email dan beberapa urusan trading barang barang sahaja. lain lain aku melayan anak aku.
khamis tahun lepas aku pi orentasi anak aku yang nak masuk prasekolah. since dia duduk ngan isteri aku di KL maka kena la dia sekolah di KL je buat masa ni. Insya Allah lagi 2-3 tahun family aku akan bersama sama dengan aku balik.
cerita pasai orentasi sekolah anak aku tu; apa yang aku boleh simpulkan ialah ok cuma aku tak pasti takat mana oknya tu. harap dalam masa 6 bulan anakanda aku tu boleh membaca buku dengan lancar. kalau tak terpaksa la aku amik semua buku kerja (bayangkan prasekolah dah ada buku kerja), alatan tulis, bag sekolah, meja sekolah dan kerusi sekolah untuk aku sumbat dalam mulut cikgu prasekolah anak aku tu. hehehe kalau deme as cikgu gah menyebut objektif kokurikulum prasekolah bersepadu dengan objektif melahirkan lapisan generasi akan datang yang mampu menerima sebarang cabaran; maka cabaran bodoh aku tu hanya ribut di dalam cawan sahaja. cabaran ni jugak penting untuk memastikan lapisan guru yang ada ni akan bekerja dengan lebih tekun, cemerlang dan terbilang seperti jumlah bayaran yang perlu dilempiaskan masa anak aku mendaftar ari tu. kalo tak berapa berani menyahut cabaran baik le jadi cikgu kat kampung. mengadap pokok getah je. lagi pun getah dijangka akan naik rege. boleh le makei proton exora weh.
bila masuk tahun baru soalan gampeng yang selalu kedengaran adalah soalan tentang azam. apa azam tahun baru? tercapai ke azam tahun lepas? AZAM AKU? mana pernah aku set apa azam aku bila masuk tahun baru. undang undang rimba mana yang kome ikut, asei nak berazam je kena masuk tahun baru. bagi aku, bila dan dimana aku nak berazam itu tak penting. yang penting perlaksanaan mencapai azam. jangan jadi macam kawan aku, Karim namanya atau Karim Sudu. (pasai apa dia dapat gelaran sudu lain post aku cerita) Kalo tak silap aku 15 tahun lepas dia berazam nak kahwin 4, sampai tahun ni usah kata 4, satu pun belum lagi.
hopefully tahun ni life will be much more better than before. kesihatan baguih, income moncah dan dream aku nak beli team bolasepak inggeris tercapai. hahahahaha aku ni kan ke mat jenin moden. diharap juga tahun 2010 aku makin kerap menulis dalam blog.
cerita pasai blog aku, atas sebab tertentu aku akan tutup blog lensa retak aku berkuatkuasa serta merta. selain itu blog radio amatur akan dibiarkan sehingga 31 januari sebelum aku private juga. kenapa? masa aku perlu diperuntuk ke benda benda lain yang penting dan manakala blog radio amatur pulak seperti biasa aku nak rehatkan untuk naiktaraf. berapa lama urusan naiktaraf aku pun tak pasti. kita tunggu dan lihat sahaja.
so ni repekan pertama aku untuk tahun ini 2010.
wa chow sin
01 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment