19 May 2010

Updated seorang pemalas

Hampeh... Berabuk dah blog aku ni... Rupenye lagi aku keluar dari comfort zone aku dan kembali ke universiti kaki lima masih terhad pulak masa nak update blog. Walhal hari hari, macam macam benda yang aku buat.

Ari ni, setelah berapa la berehat aku akan involve dalam proses casting. Nasib baik deme suruh handle camera. Kalo disuruh bersoaljawab dengan talent nanti gerenti kekok.

Setelah sekian lama juga hidup as freeman, minggu ni aku jumpa binding 25 helai kertas yang dipanggil kontrak. Hehehehe... Dan aku dah diikat sampai september 2010.

Proses dari bulan 3 menguruskan hal sepupu isteri aku import kereta juga dah makin sampai ke penghujungnya. Cuma untuk ari terakhir ni iaitu ari ni aku ke back off. Nak kena ada di opis paling lewat pukui 2 tapi post ni aku type kat opis. Harap harap kereta sepupu isteri aku tu akan bernombor dan akan menganas dijalan raya berhampiran kawasan anda. For closure, i may say that lepas ni kalo rasa ada yang nak mintak tolong handle hal import kete, geranti aku boleh guide. Rasa macam nak apply lesen jadi agen kastam pun ada ni... Wakakaka....

To my partner, harap benda yang dimintaki tu siap as soon as possible. Our journey for this phase almost end and another journey waiting to be start. For a sake bmw 5 siri model baru dan macbook pro high end spec tu, sila keje keras sikit bro...

So folks that it for now. Will meet again when i feel to writing. Until then wishing all of you happily ever after and god bless. Love you all and love me always. xoxo (for ladies only)

p/s : post ni nampak poyo je bila ending taruk xoxo tu... Hampes....

wa chow sin
From nokia smartphone bil belum bayo...

read more “Updated seorang pemalas”

10 May 2010

Lama tak merepek...

Perghhh lama juga aku tak merepek meraban kat sini. Too much facebooking.

sebenonya life aku tak de happening sangat lately ni. Walaupun kerap ulang alik ipoh - kl tapi semua atas urusan keluarga.

Ari tu aku dapat call dari kawan lama. Dia mintak tolong aku edit video kahwin dia. Memula cuak jugak takut mood aku tak datang tapi lepas 2-3 ari kreativiti datang mencurah curah...

Jadi kesinambungan dari itu aku dapat offer untuk satu lagi production. Kalo tak aral melintang pukung pertengahan bulan 6 aku akan ulang alik ipoh - KL. Untuk berapa lama aku tak pasti lagi. Dah start keje nanti baru tau rundown production.

Sementara itu i am enjoying my life di comfort zone aku.

wa chow sin
Send by nokia yang harus ditrade in untuk iphone...

read more “Lama tak merepek...”

21 April 2010

digi broadband

since my brother pi umrah 2 minggu, antara amanah yang ditinggalkan pada gua selain dari kereta dan laptop ialah modem digi broadband.

perghhh performanc kat rumah aku di ipoh sangat mantap...

coverage : broadband speed
capable : download muvee pakai torrent

aisehman rasa macam nak tuko ke digi pulak...








p e i h o n g
read more “digi broadband”

26 March 2010

"pinjam"

Gambo ni aku snap kat toilet petronas r n r gunung semanggol arah selatan masa perjalanan balik dari kedah sabtu lepas.

Aku tak tahu pulak ada yang berminat nak pinjam sinki atau mangkuk jamban... Ish ish ish...

via nokia masa beli mahal nak trade in murah

read more “"pinjam"”

25 March 2010

Graduasi dan konvo

in my limited experience, saat paling stress sebagai pelajar universiti ialah masa konvo. Ye la nak amik jubah konvo yang disewa la, nak booking hotel untuk parent yang datang dari kampung, mnak cipta reka ayat ayat terbaik bak sasterawan negara untuk memperkenalkan aweq atau bakal isteri kepada parent, nak potong rambut bagi nampak kemas la pulak sebab nak jumpa parent aweq atau bakal isteri, nak rehearsal konvo lagi dan macam macam hal yang aku rasa nak buat thesis atau nak facing exam lagi mudah.

Duit jangan cakap la. Kalo sepanjang mampu 4 tahun ikat perut dan berjimat cermat; time nak konvo aliran wang tunai akan mengalir mengalahkan aliran air sungai gombak waktu hujan. Laju semacam je. Kena pulak ada hutang ngan pihak universiti. Tak settle tak leh konvo. Jiwa kacau beb.

Nak bagi lagi klasik pulak vvip yang tak confirm datang, last minute bgtau nak datang. Kelam kabut la dengan rehearsal berkali kali sampai tahap pejam mata pun boleh jalan dari kerusi sampai ke stage.

Tu yang aku cakap konvo ni satu time yang lagi stress dari time buat thesis atau nak exam. Bayangkan dengan segala hal mak nenek tu, masa salam amik skrol buatnya lupa nak senyum jawapnya gambo terima skrol tu nak frame beso beso pun hilang semangat. Kena pulak result pun tahap cukup makan je. Lagi la susah nak senyum. Itu belum cerita hutang ptptn atau mara yang nak kene bayo plus interest serta kos lebih sebab extend 2-3 semester. Kalo mampu senyum pun sumbing je. Kena pulak aweq kita punya result lagi kencang. Bakal pak/mak mertua pun tak berapa nak salam ngan kita bila diperkenalkan.

Besidea the fussy may i wish CONGRATULATION FOR YOUR GRADUATION. WELCOME TO UNIVERSITY OF KAKI LIMA AND HAPPY JOB HUNTING LEPAS NI.

via nokia cap ayam

read more “Graduasi dan konvo”

23 March 2010

Adik aku kahwin...

Cuti sekolah baru baru ni adik aku kahwin. Adik bongsu aku. Penutup kenduri kat rumah ayahanda dan bonda aku.

Since ini kenduri yang last hampir semua acara dari daro 10 bulan nan lalui seperti merisik, bertunang, tetap tarikh dan anto duit; aku involve. Maybe aku perlukan pengalaman tu atau ayahanda aku perlukan backup untuk manage kenduri tu nanti.

Tugas aku pulak jika ada kenduri beso ni seperti biasa akan jadi cameraman. Cuma kali ni tugas tu tak se tip top dulu. Aku dah mula dilihat sebagai tuan rumah beside my parent. So kekadang tengah syok record gambo aweq, ada tetamu yang dok tepuk bahu atau hulur tangan untuk bersalaman. Nasib baik tetamu masih tahu yang aku bukan penerima sah duit cangkok atau duit salam. Kalau tak lagi huru hara rasanya sebab aku tak bersedia dengan seluar dan baju yang banyak poket.

Pengalaman ini sebenonya bukannya boleh dijual beli dan aku really appreciate it walaupun aku tak tahu bila gamaknya aku boleh guna ilmu ni.

Yang seronok bila kenduri ialah ini masanya untuk jumpa family yang jauh walaupun tahu that kami sekeluarga kena return the favour tapi ini akan mengenalkan aku dengan roots aku. Yang pastinya bookmark GPS akan bertambah.

Cuma yang tak berapa best ialah bila aku kena rushing balik KL tanpa sempat tolong part kendaranya. Apa boleh buat dah sampai seru kena kerja. Apa pun to my brother; SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL DUNIA DAN AKHIRAT.

p/s : kepada yang berminat nak hire aku jadi cameraman atau photographer boleh contact aku. Kalo nak live musician pun boleh diuruskan...

read more “Adik aku kahwin...”

21 March 2010

Family bonding

Semalam aku sekeluarga pi kedah. Just to attend kenduri kahwin. Imagine driving (sebenonya my brother yang drive) dari Bota Kiri ke Alor Star semata mata makan nasi minyak yang sangat sedap, makan laksa yang sangat amat sedap itu serta makan bubur kacang yang unik (unik sebab kacang lama direndam sampai ada yang bercambah wakaka).

On the way balik singgah rumah makcik aku di Kulim pulak. What a journey? Pukui 10 pagi dari Bota Kiri dan pukui 12 tengahmalam sampai Bota Kiri balik.

Semua ni hanya atas satu ikatan kekeluargaan yang dulu aku selalu elak. Maybe bila gamaknya bila nombor yang mewakili umur tu dah sampai satu peringkat; we are started searching our own roots and background. We start looking for our family yang selama ni kalau berlaga bahu kat Sogo pun kita rasa nak pukul... Wakaka

Cakap pasai family bonding juga, rupanya bila nombor makin bertambah kemesraan between cousin mula bercambah. Kalau dulu bila jumpa nak tegur sepatah pun nampak susah atau payah sekarang ni semuanya flow smooth macam kawan lepak kedai mamak gaya sembangnya. Same also for the makcik makcik and the pakcik pakcik. Kalau dulu setakat bersalam dan mintak duit raya tapi sekarang we talk like anak ngan parent je gayanya.

I like this situation. I like this mood. One thing spoiled when ada anak dara yang cun melecun panggil aku pakcik or uncle. Damn saham jatuh merundum siot....

p/s : now preparing my stuff to go back to KL. Another 3 hours of driving (kali ni sendiri drive).

read more “Family bonding”

19 March 2010

Cerita lambat aku pasai result spm

Sebulan dua ni aku sibuk. Sibuk yang dibuat buat sebenonya. Lari dari dunia yang monotone. Keluar dari kepompong selesa aku. Escapism.

Jadi le aku pemburu jalur lebar percuma bak tertulis di kertas A4 yang tertampal di dinding kedai makan. Walhal aku tetap membayar harga segelas atau bergelas gelas air.

Ini semua alasan kenapa blog aku makin bersawang. Pembaca pun gamaknya ingat aku dah mati dalam dunia cyber ni.

Dalam kesibukan aku tu, aku melalui satu detik yang aku lalui pada tahun 1992. Detik yang kononnya penentu masa depan. Detik penentu IPTA manakah yang bakal diisi dalam resume aku kemudian hari. Lupakan cerita 18 tahun. Buang karan je.

Tahun ni 2 adik sepupu aku antara yang melalui detik itu. Anak sedara belah isteri aku pun ada juga tapi aku tak kenal sebab memang penyakit semulajadi aku ialah cepat lupakan org kalau perkenalan setakat hi hi bye bye je. So forget about them until my wife remind me again about them. Ada yang aku ingat tapi bila ditanya result deme jawap result deme tu rahsia. 18 tahun tinggal SPM, rupanya selain dari jumlah A dan pangkat berapa; rahsia juga dah jadi status result. Tak tahu le samada result rahsia lagi baguih dari straight A1. Also forget about them.

Macam aku cakap tadi on my family side ada 2 adik sepupu. Alhamdulillah seorang dengan 10A manakala seorang lagi dengan 6A. Antara deme berdua ni aku ucapkan tahniah. Kome dah lepas step ni. Banyak lagi step yang kome nak langkah. Jangan terpelecok dik oiii.

Cerita pasai result deme ada family member memberikan pandangan berbeza. Nasib baik aku dengan rela hati membetulkan pandangan mereka tu. Aku tak salahkan jika yang 10A dikatakan bagus berbanding yang 6A kerana itu yang tercatat pada slip keputusan SPM. Tak payah argue sampai mahkamah memang 10A tu better than 6A tapi aku tengok latarbelakang deme berdua.

Yang 10A tu belajo di sekolah elit. Sekolah asrama beb. Yang 6A tu sekolah biasa. Lifestyle berbeza ya amat. Macam langit dengan bumi tu. Yang diduk asrama dah tentu le kejenya belajo, study, belajar, mentelaah compare dengan yang duduk kat rumah tu selain dari belajo tentu le ada agenda lipat kain baju, masak, siram bunga, mop lantai, cuci kereta dan macam macam lagi keje keje rumah. Jadi kome buat le perkiraan; mana lebih mantop.

Bagi aku la, memang kena respek yang duduk rumah dan manage dapat 6A. Dugaan deme ni lebih byk dari yang dok belajo kat asrama tu. Apa pun ini hanya pandangan marhaen aku je. Mungkin betul mungkin tidak. Banyak lagi faktor yang kena ambil kira dalam nak menilai tahap seseorang. Aku cuma melihat aspek yang mudah tanpa mengambil kira tahap IQ deme tu tapi itu sudah cukup untuk meredakan hati adik sepupu aku yang gundah sebab dia dapat 6A.

Sekali lagi TAHNIAH!!! Kepada yang nak SPM tahun ni, maintain your study schedule, keep on working on your exercise and please... Be happy... Kalo tak gerenti kena tiru orang sebelah kiri atau kanan kome masa exam nanti...

wa chow sin
via nokia cap ayam

read more “Cerita lambat aku pasai result spm”

27 February 2010

bising

ada 2 keadaan yang teman peratikan akan membuatkan kedai mamak kegemaran teman ni bising...

1. bila ada bola live antara team team beso

2. bila geng geng MLM datang beramai ramai selepas deme punya weekly briefing









p e i h o n g
read more “bising”

22 February 2010

motor old skool dan kenangan

Lama jugak aku punya mood nak lepak kl ni. selain dari enjoy spending time ngan anak aku, lepaking ni bertambah happening bila aku ada kuda besi (gambo atas).

Lama siut aku tak layan moto 2 stroke ni. Bunyi ekzos jangan cite le memang sedap telinga mendengar. bila dengo bunyi ekzos tu teringat cerita lama. Masa aku tingkatan 5 dan dah lepas dapat lesen moto, terus je bos aku bagi aku bawak yamaha 80 pi balik sekolah. Moto ni tak lama sebab bila aku masuk UM aku tuko ngan rc80. Minyak save dan gear 4 speed. Lepas tu motor aku semua dah 4 stroke. No more 2T oil. Dah tak de alarm warna merah kat panel meter.

dah sekian lama, kali ni aku dapat guna yamaha 100 sports. Mana la aku tak hepi lepak KL sebab semua urusan aku nak jalan jalan cari pasal semua dengan motor ni. Kena pulak janji ngan owner motor, pulang motor bila aku dah nak balik ipoh.

Bila aku nak balik ipoh? Aku pun tak tau.

P/s : sesekali tuko angin memang lapang kepala otak aku ngan idea idea baru dan merepek.

Sent tru nokia e63

read more “motor old skool dan kenangan”